Archive for May 19th, 2008

2 Majalah ICT Sebagai Rujukan Graduan IT

Written by alfarabius on May 19th, 2008 | Filed under: Info

Dua majalah utama menjadi pilihan saya setiap bulan untuk menambahkan pengetahuan saya di samping mengetahui perkembangan terkini teknologi ICT iaitu Majalah PC (keluaran Karangkraf) dan Majalah CHIP (keluaran Online Dynamic). Saya memperuntukkan RM15 untuk majalah tersebut tiap-tiap bulan. Dari tahun 2000 sehingga sekarang, saya masih membelinya dan di sinilah timbulnya minat saya kepada dunia Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian ;) .


Majalah PC merupakan satu-satunya majalah berkaitan industri ICT berbahasa Melayu. Majalah ini sesuai dengan selera dan tatapan kepada mereka yang mahu mendekati dunia IT dan mengenali asas-asas pengkomputeran dalam Bahasa Melayu. Setiap topik yang dibangkitkan memang berkisar dengan ‘trend’ IT terkini, paparan gajet atau produk yang canggih, ulasan-ulasan dari ‘taikun’ IT negara dan sebagainya. Penggunaan asas perisian Adobe Photoshop, Shockwave Light 3D dan ‘Freeware’ ada dipaparkan sekali dan sesuai kepada pencinta ‘artist graphic’ dan ‘animator’.


Majalah CHIP merupakan majalah berbahasa Inggeris yang terawal dipasaran tempatan. Majalah ‘franchise’ dari Jerman ini merupakan majalah antarabangsa dan isu-isu IT yang disampaikan merangkumi masalah global. Masalah tersebut meliputi keselamatan rangkaian dan perisian, ‘ecotech green’, dilema pengguna internet yang dibuli dan lain-lain lagi. Artikel-artikel yang dipaparkan memang ada kelainan setiap bulan kerana penulisnya terdiri daripada pakar dunia IT. Pengujian gajet dan produk digital juga dilaporkan demi memastikan pengguna ICT membeli produk dengan pilihan yang tepat. Anda juga akan mendapat input tambahan melalui ‘Tips & Tricks’ iaitu ruangan yang memberi panduan rahsia bagaimana hendak ‘hack’ produk digital atau perisian komersial dengan cara yang sah. :P . Majalah CHIP juga memberi bonus sekeping CD yang penuh dengan perisian ‘Freeware’ yang berguna dan ‘Movie Trailer’ . :O

Di samping anda mendapatkan informasi melalui medium Internet, majalah atau akhbar tidak kurang hebatnya sebagai medium rujukan anda.