Tips Siswa/i IT Bekerja Ketika Latihan Industri

Selamat memulakan latihan praktikal/industri/mengajar kepada mereka yang terlibat di musim cuti ini. Tidak dinafikan latihan industri merupakan satu keperluan kepada graduan sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan yang penuh mencabar dan onak duri selepas tamat belajar nanti. Apapun, sebagai pekerja di syarikat atau pejabat kerajaan (terutamanya bekerja berkaitan IT) yang baru, anda harus setkan di minda anda bahawa anda sama-sama bekerja untuk memajukan syarikat atau menjaga imej jabatan.
Oleh itu, sebagai ‘senior’
kepada graduan IT, saya berikan beberapa tips sebagai panduan anda untuk menghadapi latihan industri dengan mudah :
- Fahami organisasi syarikat dan kaji fungsi setiap jawatan. Ketahuilah bahawa sesebuah organisasi terdiri daripada 4 kerangka utama iaitu : Organisasi, Fungsi, Politik, dan Budaya. Jika anda memahami setiap satunya, tiada masalah ketika bekerja.
- Berkenalan dengan orang sekeliling anda dan lontarkan senyuman anda
. First Impression Makes Everything Possible. - Fahami tugas anda dan laksanakan dengan tekun. JIka anda tidak faham dan tidak berupaya untuk melakukan tugas yang diberikan, segera bertanya atau beritahu kepada penyelia ditempat anda bekerja. Ini mengelakkan anda dimarahi Bos kerana (terutama syarikat swasta IT) mementingkan kualiti kerja dan dapat menyiapkan tugas yang diberikan tepat pada masanya.
- Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada pekerja lain serta fokus pada kerja.
- Selalu mengemaskini laporan Latihan Praktikal anda dan peka pada tarikh kedatangan Penyelia (dari tempat anda belajar) ke tempat kerja anda.
WCIT 2008 Tinggal Beberapa Hari lagi
P/s: Manusia selalu suka dihargai, dihormati dan dipuji, maka pelajari dan kuasailah ilmu psikologi (walaupun sedikit) untuk menguasai dunia sekeliling anda.


