CODEKANA – ‘Add-on Tools’ untuk Pengaturcara (Beginner)
Written by alfarabius on May 12th, 2008 | Filed under: Info

Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk memperkenalkan ‘features’ menarik ini, tetapi memandangkan ramai pelajar atau siswa/i yang mahu berjinak-jinak dengan pengaturcaraan maka saya akan persembahkan kepada anda ‘tool’ ini. CODEKANA adalah fungsi tambahan untuk perisian Ms. Visual Studio untuk memaparkan warna pada peraturan-peraturan(syntax) tertentu dengan lebih efektif. Kepada ‘beginner’, alat ini sesuai untuk anda kerana :
- Anda tidak perlu bersusah payah jika kesalahan(syntax error) yang dicari-cari tidak dijumpai walaupun anda yakin kod aturcara tersebut tiada kesalahan…hehe
. Alat ini memaparkan warna yang berbeza untuk anda mudah mengenalpasti kesalahan tersebut. - Menjimatkan masa anda.
- Memberi anda pengalaman baru dan anda akan cepat memahami jika kesalahan kod aturcara yang sama berulang-kali anda perbaiki.
Cubalah, anda pastikan kagum dan seronok taip aturcara (terutama kepada ‘beginner’).
P/s: Codekana sesuai untuk C++,C#, # VS2005, VS.NET 2003, VS.NET 2002, dan VS2008 (“Orcas”).


