WCIT 2008 - Malaysia sebagai Tuan Rumah Olimpik IT

Written by alfarabius on May 10th, 2008 | Filed under: Info

Tidak lama lagi Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan IT sedunia yang dikenali sebagai World Congress IT 2008.Pakar-pakar IT dari seluruh dunia akan berkampung di Malaysia selama 5 hari dari 18-22 Mei 2008. Persidangan dan pameran akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Di sinilah pertembungan antara ahli akademik, pakar IT, CEO syarikat IT dan kerajaan membincangkan secara serius masa depan dunia IT dan teknologi kepada manusia.

Di samping itu,pertukaran idea dan padanan perniagaan IT (B2B, B2I dan B2G) akan diadakan antara syarikat IT tempatan dan luar negara. WCIT 2008 telah diadakan kali ke - 16 ini telah dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Association of the Computer and Multimedia Industry of Malaysia (PIKOM), dengan sokongan Kementerian Sains, Tekonologi dan Inovasi .

Antara tokoh-tokoh dunia IT yang akan hadir ke kongres tersebut adalah - Pengerusi Microsoft Corp.: Bill Gates, Pengasas Synthetic Genome Inc.: Dr. J. Craig Verter, Pengerusi Intel, Dato’ Dr. Craig. Barrett, Naib Pengerusi Google Inc.: Dr. Vinton G Cerf dan ramai lagi taikun-taikun dalam IT.

P/s: Bukan banyak ilmu menentukan kejayaan tetapi apakah ilmu sedikit itu mampu digunakan. ;) - Dr. Tuah



Leave a Reply

    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner