Kenali AJAX

Posted on the May 8th, 2008 under Ilmu by alfarabius

AJX
Cuti ni lah masa untuk mengemaskini sekerap mungkin blog saya. Maklumlah masa lapang adalah masa terbaik bagi para blogger. Terus kepada topik kita iaitu AJAX. Apa itu AJAX ? Apa fungsinya ? Contoh aplikasi AJAX ?

  • Apa itu AJAX ?
  • AJAX adalah dari kata singkatan dari perkataan Asynchronous JavaScript and XML. AJAX boleh saya katakan sebagai skrip aturcara yang membantu pelayan (server) dan pelayar (browser) respons dengan cepat dan interaktif. Sebelum ada AJAX, laman web perlu mengemaskini secara ‘pukal’ (refresh – loading 1 page). Ini melambatkan responsif dari server ke browser.
  • Apa fungsi AJAX ?
  • Dengan AJAX, hanya data-data tertentu atau modul-modul tertentu sahaja yang akan dikemaskini. Oleh itu, AJAX memanggil fungsi XMLHttpRequest object untuk mengemaskini data-data tersebut dalam format XML.
  • Contoh aplikasi AJAX ?
  • Contohnya banyak antaranya terdapat dalam aplikasi Mesej Segera (Instant Messaging such as Meebo.com) atau bilik bual atau forum-forum atas talian (online) dan sebagainya.

P/s: Gagal atau berjaya bukanlah penting, yang lebih istimewa adalah usaha untuk mengatasi kegagalan dan usaha untuk menikmati kejayaan. :P

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>