Written by alfarabius on May 8th, 2008 | Filed under:
Ilmu

Cuti ni lah masa untuk mengemaskini sekerap mungkin blog saya. Maklumlah masa lapang adalah masa terbaik bagi para blogger. Terus kepada topik kita iaitu AJAX. Apa itu AJAX ? Apa fungsinya ? Contoh aplikasi AJAX ?
- Apa itu AJAX ?
- AJAX adalah dari kata singkatan dari perkataan Asynchronous JavaScript and XML. AJAX boleh saya katakan sebagai skrip aturcara yang membantu pelayan (server) dan pelayar (browser) respons dengan cepat dan interaktif. Sebelum ada AJAX, laman web perlu mengemaskini secara ‘pukal’ (refresh – loading 1 page). Ini melambatkan responsif dari server ke browser.
- Apa fungsi AJAX ?
- Dengan AJAX, hanya data-data tertentu atau modul-modul tertentu sahaja yang akan dikemaskini. Oleh itu, AJAX memanggil fungsi XMLHttpRequest object untuk mengemaskini data-data tersebut dalam format XML.
- Contoh aplikasi AJAX ?
- Contohnya banyak antaranya terdapat dalam aplikasi Mesej Segera (Instant Messaging such as Meebo.com) atau bilik bual atau forum-forum atas talian (online) dan sebagainya.
P/s: Gagal atau berjaya bukanlah penting, yang lebih istimewa adalah usaha untuk mengatasi kegagalan dan usaha untuk menikmati kejayaan.
Written by alfarabius on May 8th, 2008 | Filed under:
Tips

Bertemu kembali dalam ruangan blog ini, alhamdulillah saya telah selesai menjalani peperiksaan akhir (
azab 
). Huh, boleh tahan juga peperiksaan tu. Memang sukar, masa saya belajar ‘degree’ tak lah sesusah itu. Apapun, saya hadapi dengan
penuh bersemangat. Yang penting kita mesti mencuba, barulah tahu
aras kemampuan dan kebolehan kita. “Belum cuba belum tahu”. Hari ini saya bawakan satu topik berkenaan
bagaimana hendak menghabiskan masa cuti anda sebagai siswa/i di rumah. Sebenarnya ada tiga golongan siswa/i ketika bercuti iaitu :
- Melayari Internet (laman web sosial, blog dan anime) dari pagi sampai malam sampai pagi Subuh. Dasyat2
- Mencari kerja sampingan untuk mencari duit tambahan untuk perbelanjaan semester hadapan.
- Duduk depan TV dari pagi sampai malam.
- Belajar subjek-subjek semester hadapan bagi mereka yang menjaga keputusan cemerlang CGPA.
Oleh itu, anda terletak di golongan yang mana satu? Hehe.
Sebagai rakan kepada anda, saya nak bagi panduan dan tips untuk menghabiskan masa cuti anda dengan lebih efisien dan berfaedah :
- Bagi yang suka menonton TV : cuba cari saluran (channel) yang berfaedah dan yang boleh menajamkan fikiran anda. Contohnya, anda hendak mahu mengasah bakat memasak, carilah saluran tersebut dan cuba resepi baru untuk anda.
- Bagi yang suka melayari Internet : Janalah pendapatan di Internet dengan pelbagai cara (Google Ad., PPC, ClickBank). Cuba pelajari dari pakar-pakar Internet Marketers tempatan dan mulakan tindakan buat duit dengan Internet.
- Bagi yang suka belajar : Teruskan perjuangan anda. Anda adalah kesatria Ilmu. Tetapi, jangan sampai lupa tolong ibu bapa di rumah dengan meringankan beban kerja-kerja rumah (membasuh pinggan, memasak, dan sebagainya).
Setakat ini sahaja tips saya. Terima kasih kerana terus setia bersama dunia blog saya ini.
P /s: Saya baru pakai Maxis Broadband (684 Kbps). Laju je dan boleh pakai dimana-mana (portable)
.