Archive for April, 2008

Melajukan Masa Respon Menu pada Windows XP

Posted on the April 11th, 2008 under Tips by

Menu in Win XP

Tips manipulasi registry kali ini adalah mempercepatkan kelajuan paparan menu pada Windows anda. Adakah anda perasan apabila anda menghalakan ‘cursor’ tetikus pada Start > All Programs , paparan menu lambat dan kadangkala lembap nak papar. :)

Tips tersebut adalah :

  1. Klik Start > Run
  2. Taip Regedit
  3. Pada tetingkap Regedit Editor, cari hirarki berikut -HKEY_CURRENT_USER > Control Panel > Desktop – Setkan nilai MenuShowDelay to 0 (Default 400)
  4. Selesai

P/s: Sentiasa berfikiran positif jika mahu berjaya dalam kehidupan.

Fail ‘Hidden’ Masih Tidak Kelihatan ?

Posted on the April 4th, 2008 under Tips by

Pernahkah berlaku pada anda jika fail yang anda sembunyikan (rahsia anda :) ) tidak muncul-muncul dan kelihatan walaupun anda sudah klik Tools > Folder Options > Klik Show Hidden File. Pelik bukan? Jangan risau. Saya akan tolong anda.

Caranya :

  1. Klik Start > Run
  2. Taip Regedit
  3. Pada tetingkap Regedit Editor, cari hirarki berikut – HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
    Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL – set REG_DWORD pada 1
  4. Selesai.

P/s: Fokus pada perkara paling utama

Tips – Manipulasi Regedit Untuk Matikan Program yang ‘Hang’ Secara Automatik

Posted on the April 2nd, 2008 under Tips by

Regedit
Tips yang saya ingin berkongsi kali ini merujuk kepada bagaimana kita manipulasi ‘regedit’ Windows XP untuk mematikan program / aplikasi ‘hang’ PC anda secara automatik tanpa menunggu lama.

Caranya :

  1. Klik Start > Run
  2. Taip Regedit
  3. Pada tetingkap Regedit Editor, cari hirarki berikut - HKEY_CURRENT_USER > Control Panel Desktop – Set the value of AutoEndTasks to 1 (Default 0)
  4. Selesai.

P/s: 2 minggu lagi nak final exam :)