Written by alfarabius on Mar 13th, 2008 | Filed under:
Ilmu
Entri kali ini saya hendak berkongsi ilmu kejuruteraan perisian tentang salah satu kaedah dalam membangunkan perisian. Kerangka atau Framework yang akan dibincangkan ini adalah Model-View-Controller (Model-Pandangan-Pengawal). Kaedah ini digunakan untuk membahagikan komponen perisian yang kompleks kepada pecahan komponen yang mudah dilihat dan difahami.
Komponen Model berfungsi menguruskan sifat atau kelakuan (behaviour) dalam sesuatu domain masalah. Sebagai contoh, Model memproses data-data yang diterima dari pengguna melalui antaramuka.
Komponen View (Pandangan) berfungsi sebagai antaramuka yang memaparkan informasi iaitu data-data yang sudah diproses dari komponen Model. Sebagai contoh, data-data yang diambil (query) dari pangkalan data akan melalui fungsi paparan ke antaramuka yang dikehendaki.
Komponen Controller (Pengawal) berfungsi sebagai menterjemahkan kawalan pengguna ke atas papan kekunci dan pergerakan tetikus (mouse) dan memproses keadaan (event) tersebut. Kemudian, menghantar mesej tersebut kepada Model untuk tindakan selanjutnya.
Ketiga-tiga komponen ini sentiasa berinteraksi dan pengaturacara akan mudah mengedit kod aturcara kerana kerana setiap komponen tidak bercampur aduk.
P/s: Saya cuba menerangkan konsep kejuruteraan perisian dengan ayat-ayat yang mudah. Harap-harap anda semua mudah faham.
Written by alfarabius on Mar 11th, 2008 | Filed under:
Kesihatan

Bertemu kembali di arena blog setelah wadah kepimpinan baru memimpin negara. Anda terkejut dengan keputusan PRU baru-baru ini.
. Kali ini saya membawa anda kepada penyakit misteri yang sering berlaku oleh pengaturcara(programmer). Pengaturcara menggunakan masanya banyak menghadap PC, memikirkan kerumitan masalah manusia bertukar kepada kod aturcara, trial error berkali-kali sampai berjaya dan menyiapkan dokumen apa sekalipun berkaitan dengan projeknya.
Penyakit yang saya utarakan pada tajuk entri blog kali ini merupakan penyakit keletihan pandangan atau dipanggil Visual Fatigue dalam istilah perubatan. Cahaya yang terpapar dari skrin monitor CRT atau LCD yang terang dan mempunyai radiasi dengan peratus kecil, boleh membuatkan mata anda pedih dan sakit kepala. Dinasihatkan anda berhenti menghadap skrin setiap 30 minit (Macam baca buku
).
Kepada pelajar-pelajar yang suka pergi Cyber cafe sama ada melayan Friendster, Facebook, Game atau Myspace, dinasihatkan anda mengikut nasihat pada blog ini. Ditakuti mata anda akan mengalami rabun sama ada jauh atau dekat jika tidak dijaga.
P/s: Pakailah cermin mata yang khusus untuk menghadap skrin atau monitor PC.
Written by alfarabius on Mar 7th, 2008 | Filed under:
Motivasi

Hari ini saya berminat melihat kepada perspektif
motivasi. Seringkali kita mendengar stamina pada fizikal tetapi kali ni saya akan memperkenalkan kepada anda
‘Stamina Minda’. Apakah
stamina minda ? Stamina minda boleh diertikan sebagai
keupayaan minda individu dalam memberi perhatian sepenuhnya atau fokus terhadap sesuatu perkara pada satu masa.
Lawan istilah stamina minda adalah kelesuan minda. Pelajar yang mempunyai stamina minda berupaya belajar apa perkara sekalipun dengan baik dengan jangka masa yang lama. Fokus dan memahami apa yang sedang dilakukan akan melahirkan sesuatu pekerjaan dengan baik. Contohnya yang mudah, seorang pelajar sedang membaca di suatu sudut tetapi adakah fikiran dia fokus terhadap apa yang dibaca atau melayang jauh nun di sana
.Fikirkanlah ….
Istilah stamina minda boleh diadaptasikan dalam solat (bagi Muslim) dan matlamat hidup kita. Hati dan pemikiran yang fokus (khusyuk) dalam solat akan menguatkan lagi fokus dalam hidup di samping anda terhindar dari perkara mungkar. Apakah cara terbaik untuk mendapatkan stamina minda ini? caranya yang paling afdhal adalah dengan SOLAT dan berlatih memfokuskan minda pada satu titik pada jangka masa yang lama. Terima kasih.
P/s: Saya dah implementasikan kaedah stamina minda ini dan amat berkesan. Cubalah… anda pasti rasa perubahan pada diri anda.