Archive for March 13th, 2008

Model-View-Controller (M-V-C) – Kerangka Penyelesaian kepada Pembangunan Perisian Berasaskan Web

Written by alfarabius on Mar 13th, 2008 | Filed under: Ilmu

MVC 

Entri kali ini saya hendak berkongsi ilmu kejuruteraan perisian tentang salah satu kaedah dalam membangunkan perisian. Kerangka atau Framework yang akan dibincangkan ini adalah Model-View-Controller (Model-Pandangan-Pengawal). Kaedah ini digunakan untuk membahagikan komponen perisian yang kompleks kepada pecahan komponen yang mudah dilihat dan difahami. ;)

Komponen Model berfungsi menguruskan sifat atau kelakuan (behaviour) dalam sesuatu domain masalah. Sebagai contoh, Model memproses data-data yang diterima  dari pengguna melalui antaramuka.

Komponen View (Pandangan) berfungsi sebagai antaramuka yang memaparkan informasi iaitu data-data yang sudah diproses dari komponen Model. Sebagai contoh, data-data yang diambil (query) dari pangkalan data akan melalui fungsi paparan ke antaramuka yang dikehendaki.

Komponen Controller (Pengawal) berfungsi sebagai menterjemahkan kawalan pengguna ke atas papan kekunci dan pergerakan tetikus (mouse) dan memproses keadaan (event) tersebut. Kemudian, menghantar mesej tersebut kepada Model untuk tindakan selanjutnya.

Ketiga-tiga komponen ini sentiasa berinteraksi dan pengaturacara akan mudah mengedit kod aturcara kerana kerana setiap komponen tidak bercampur aduk.

P/s: Saya cuba menerangkan konsep kejuruteraan perisian dengan ayat-ayat yang mudah. Harap-harap anda semua mudah faham.