Stamina Minda dan Motivasi kepada Pelajar

Written by alfarabius on Mar 7th, 2008 | Filed under: Motivasi

Mind
Hari ini saya berminat melihat kepada perspektif motivasi. Seringkali kita mendengar stamina pada fizikal tetapi kali ni saya akan memperkenalkan kepada anda ‘Stamina Minda’. Apakah stamina minda ? Stamina minda boleh diertikan sebagai keupayaan minda individu dalam memberi perhatian sepenuhnya atau fokus terhadap sesuatu perkara pada satu masa.

Lawan istilah stamina minda adalah kelesuan minda. Pelajar yang mempunyai stamina minda berupaya belajar apa perkara sekalipun dengan baik dengan jangka masa yang lama. Fokus dan memahami apa yang sedang dilakukan akan melahirkan sesuatu pekerjaan dengan baik. Contohnya yang mudah, seorang pelajar sedang membaca di suatu sudut tetapi adakah fikiran dia fokus terhadap apa yang dibaca atau melayang jauh nun di sana :) .Fikirkanlah ….

Istilah stamina minda boleh diadaptasikan dalam solat (bagi Muslim) dan matlamat hidup kita. Hati dan pemikiran yang fokus (khusyuk) dalam solat akan menguatkan lagi fokus dalam hidup di samping anda terhindar dari perkara mungkar. Apakah cara terbaik untuk mendapatkan stamina minda ini? caranya yang paling afdhal adalah dengan SOLAT dan berlatih memfokuskan minda pada satu titik pada jangka masa yang lama. Terima kasih.

P/s: Saya dah implementasikan kaedah stamina minda ini dan amat berkesan. Cubalah… anda pasti rasa perubahan pada diri anda.



2 Responses to “Stamina Minda dan Motivasi kepada Pelajar”

  1. Salam,
    Sememangnya kelesuan minda sering terjadi pada pelajar..nampaknya..solat adalah ubatnye..Thanks

  2. Fokus atau tumpuan sememangnya penting dalam melakukan apa pekerjaan sekalipun. Bagaimana pun fokus hanya dapat dilakukan jika kita telah menetapkan matlamat yang ingin dicapai terlebih dahulu.

Leave a Reply

    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner