Archive for March 6th, 2008

Tips Menggunakan Format Fail Ms Office 2007 pada Perisian Ms Office 2003

Written by alfarabius on Mar 6th, 2008 | Filed under: Tips

Ms Office

Kali ni saya berkongsi satu tips berharga untuk anda. Walaupun, tidak ramai lagi beralih menggunakan perisian Microsoft Office 2007 tetapi pengguna Ms Office 07 (Ms Ofs 07) menghadapi masalah untuk membuka fail format tersebut pada versi Ms Office 2003. Ini semua kerana Ms Ofs 07 menggunakan format XML(eXtended Markup Language – format memaparkan helaian pada elektronik) berbanding format sebelum(Ms Ofs 97 – 03) yang hanya menggunakan format binary (digit 0 atau 1) dalam menyimpan data.

Jika anda menyimpan fail (Ms Ofs 2007) secara terus , anda pasti menghadapi masalah ketika membuka file tersebut di Ms Ofs 2007. Untuk masalah tersebut, terdapat dua cara:

  1. Sebelum menyimpan fail, klik button Ribbon logo Windows (Penjuru kiri atas) dan pilih Save > Save File Format 97 – 03
  2. Muat turun fail perisian penyokong (FileFormatConverters.exe) untuk Ms Ofs 2003 di url: http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyId=941b3470-3ae9-4aee-8f43-c6bb74cd1466&displaylang=en

Selamat Mencuba. Selamat Mengundi.

P/s: Dinasihatkan mencuba dulu Ms Ofs 2007 sebelum anda berhajat menukar terus persekitaran Ms Ofs anda. Wajah baru Ms Ofs lebih ‘crystal’ dan perlu mengambil masa untuk menguasai penggunaannya.