Tips Hadapi PC Bermasalah ketika Memformat – Bhgn. 1

Posted on the March 5th, 2008 under Tips by alfarabius

Blue Scree
Entri kali ini, saya nak memberikan tips kepada pakar-pakar memformat PC. Format PC / laptop bukanlah semudah disangka jika anda mendapat PC atau laptop bertahun lamanya (dah berkurun… :) ). Berikut mungkin adalah masalah yang sering dihadapi oleh PC klien anda:

  1. Adakah anda menghadapi ‘blue screen’ atau paparan biru yang mengatakan sistem PC anda dah rosak?
  2. Ketika anda menghidupkan PC klien anda , keluar paparan ‘A read disk occured Please Ctrl + Atl + Del ‘to restart’.
  3. Atau PC asyik mengeluarkan Popup yang mengatakan ada certain hardware yang sudah dipasang tapi tidak berfungsi juga.

Jangan khuatir, semua masalah di atas adalah penyelesaiannya. Berikut adalah penyelesaian masalah 1 dan 2 di atas:

  1. Blue screen yang dipaparkan disebabkan beberapa faktor sepanjang pemerhatian Dr. PC. Pertama disebabkan memory module(RAM DDR) sudah rosak atau sistem settings pada PC sudah tidak serasi dengan motherboard atau disebabkan jumper yang dipasangkan pada HD (harddisk) dan DVD-ROM drive salah tempat.

Apa yang perlu anda buat adalah keluarkan bateri CMOS selama 10 minit kemudian pasangkan balik pada motherboard tersebut. Restart PC dan tekan F8 untuk memasuki paparan Safe Mode secara command prompt. Tekan c:/chkdsk /r untuk PC melakukan pembaikan setting secara automatik dan default.

Jika PC masih bermasalah, anda perlu masuk ke dalam persekitaran BIOS (paparan sistem untuk motherboard dan manufacture) dan pilih Load System Default Settings .Persekitaran BIOS adalah berbeza mengikut PC atau laptop. Kemudian, restart PC.

Jika tips di atas masih tidak dapat membantu, maka PC tu …. ehem2Dr PC …faham-fahamla ;)

P/s: Bahagian 2 akan menyusul tidak lama lagi. Tunggu….Kepada para pembaiki PC, jangan takut untuk mengatakan ‘saya tidak dapat membaiki PC anda kerana …‘ kepada klien anda walaupun anda sudah berjam-jam lamanya membaiki, kerana kita jujur pada klien dan mereka akan hormat kepada kita. Kita akan sentiasa akan memahirkan kemahiran yang masih tumpul dengan pengalaman tersebut.

2 Responses to 'Tips Hadapi PC Bermasalah ketika Memformat – Bhgn. 1'

  1. 5 March 2008 at 1:58 pm
    MakLaN
  2. 3 April 2008 at 9:57 am
    WarTheifX

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>