Archive for February, 2008

Mentaliti Graduan IT selepas Tamat Belajar – Kerja atau Sambung Belajar?

Posted on the February 20th, 2008 under Umum by

Graduation
Selalu pelajar junior (Undergrad.) bertanya kepada saya “Abang, susah tak belajar Master ni? “.Jawapan yang saya berikan “Senang, seronok belajar”. Platform untuk meneruskan pengajian ada di mana-mana IPT atau institusi latihan. Seringkali pelajar IPT tertanya-tanya hala tuju mereka selepas mendapatkan segulung ijazah atau diploma.

Tidak dinafikan, ada juga insan berjaya dalam hidupnya tanpa sebarang sijil.Ini kerana kebanyakan mereka adalah insan-insan yang masa silamnya (hidup susah dan perit) tidak seperti kita dan kebijaksanaan yang ada dalam diri mereka diaplikasikan pada jalan yang betul. Cuba kita fikirkan, adakah kursus pengajian saudara atau saudari sekarang ini adalah bidang yang kita minati atau sekadar memenuhi syarat GPA atau kouta ketika di Matrikulasi atau sekadar melepasi syarat-syarat minimum keputusan SPM.

Semua jawapan ada dalam diri anda. Apa yang difikirkan terbaik dalam hidup anda sekarang ini kemungkinan pilihan diri sendiri atau pilihan ibu bapa anda. Semua itu rencah kehidupan dan dilema yang dihadapi oleh mahasiswa kita sekarang ini. Dengan keputusan yang tidak memberangsangkan, kita terpaksa mengambil jalan singkat dengan mengambil mana-mana kos yang melepasi keputusan peperiksaan sama ada SPM atau Matrikulasi. Akhirnya, anda sendiri terjebak dalam risiko graduan menganggur.

Perlu kita ingat, sesuatu bidang yang kita minat, walau bagaimana keadaan sekeliling sekalipun, anda terus fokus dengan apa yang anda lakukan. Contohnya seperti menonton wayang, mendengar lagu, memasak makanan kegemaran dan sebagainya. Begitu jugalah dengan kos pengajian yang anda ambil sekarang ini, anda perlu ambil kos yang anda minati dan mengikut kemampuan saudara.

Walaupun kos yang di ambil tidak mendatangkan sebarang pekerjaan yang bertaraf elit, jangan risau tentang semua itu. Idea dan peluang pekerjaan bidang ada di mana-mana sahaja jika kita ada kemahiran dalam bidang yang kita minati itu.

Keusahawanan merupakan pekerjaan alternatif kepada graduan yang masih menganggur.Business Pelbagai inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam membantu mahasiswa yang berkeinginan menjadi usahawan. Di satu sudut yang lain, pelajar yang masih bercita-cita untuk meneruskan pengajian, teruskan perjuangan anda. Lautan ilmu terlalu luas dan anda berpeluang teroka sedikit demi sedikit. Semuanya terletak pada keinginan dan impian yang anda tanamkan.

P/s: Hari ni saya bersungguh-sungguh menulis pasal topik ini. Hebat2. ;)

Tranformasi XP ke Vista dengan Mudah

Posted on the February 19th, 2008 under Tips by

Mac OS X in XPKembali dalam makalah tips, memandangkan ramai klien wanita yang bertanya “Dr. PC, saya nak tukar Vista ke Xp leh tak ? Vista banyak lagi tak compatible dengan perisian lain la…”. Terkejut juga mendengar ada rintihan klien Dr. PC nak tukar dari OS Vista ke XP padahal original Vista pulak tu.

Untuk pembaca blogku sekalian, jika anda bercita-cita nak bertukar XP ke Vista kerana paparan grafiknya sahaja, lihat dulu spesifikasi PC / Laptop anda dulu. Sila baca spefikasi minimum di bawah

  • A processor with a minimum speed of 800MHz
  • 512MB of RAM
  • A graphics system capable of supporting DirectX 9 (SVGA 800×600)
  • 20GB hard drive (with 15GB free – don’t worry though, Vista doesn’t take up 15GB, it just needs that much room to install!)
  • DVD-ROM drive

Sumber dari – http://help.cnet.com/vista/9602-12576_39-0.html?messageID=2509548&kw=vista
Sebagai alternatif kepada mereka yang menghendaki paparan grafik Vista pada Windows XP adalah dengan memuat turun Freeware Installer dari:

  1. File atau Folder seperti Vista : http://www.cristalxp.net
  2. Sidebar Vista : http://www.thoosja.com
  3. Flip Windows seperti Vista : http://winflip.stylekings.de

Muat turun kesemunya dan instalasi perisian tersebut. Nikmati keindahan grafik Vista anda. Hehe… :D Ubuntu in XP

P/s: Terdapat juga theme atau tema Freeware lain untuk lain contohnya :

  • Mac OS X Leopard : www.softpedia.com/get/Desktop-Enhancements/Themes/OS-XP-XP-Theme.shtml
  • Ubuntu OS – Linux : themesxp.blogspot.com/2008/02/ubuntu-themes-xp.html

Command Prompt – Tips

Posted on the February 18th, 2008 under Tips by

Selamat membaca :-) .Saya telah mendapat respon dari kawan-kawan bahawa adalahCommand Prompt lebih baik mempelbagaikan niche blog ini terutama kepada golongan perempuan. Memandangkan semua klien Dr.PC adalah daripada kaum hawa maka hari ini saya mulakan makalah sulong untuk anda.

Anda tahu menggunakan command prompt atau Arahan Segera ? Cuba anda tekan logo Windows di papan kekunci dan cari menu RUN. Jumpa? Itulah command prompt. Versi terawal Windows 3.1 hanya menggunakan command prompt (CP) tersebut sebagai antara muka pengguna. CP ini semakin berkuasa dan mempunyai pelbagai fungsi berguna sehinggalah pada versi Vista.

My DesktopTerdapat baris arahan atau command line asas yang perlu anda tahu. Ini perlu jika anda mahu lihat file hidden atau file system ataupun trojan yang tersembunyi dalam ‘pendrive’ anda. Anda antara klien saya tanya, “Dr. PC, bagaimana mahu membuang virus atau trojan dalam thumbdrive saya ? :-?

Ini jawapan saya :

  1. Tekan logo Windows + R. Taip cmd pada window run tersebut.
  2. Paparan skrin warna hitam akan terpapar. Buka My Computer dan lihat dimanakah drive pendrive anda sama ada di F:/ or G:/.
  3. Taip F: selepas baris arahan yang sedia ada terpapar tadi. Contohnya, C:/Documents and Setting/PC anda/F:
  4. Skrin akan memaparkan F: sebagai baris arahan selanjutnya. Betul ?
  5. Taip arahan dir /A:H dan tekan butang Enter untuk melihat fail (file) yang anda rasa virus atau trojan contonhya (love.exe, VirusRemoval.js).
  6. Taip del /A:H nama_fail_virus.exe + Enter.(nama_fail_virus.exe merujuk pada fail virus tersebut).
  7. Zup… :-) . Windows akan del file secara automatik.

Sama ada Windows XP atau Vista, semua boleh menggunakannya. Selamat mencuba.

P/s :Saya akan paparkan dari masa ke semasa tips-tips ini. Jangan risau.