
Beberapa syarikat besar atau korporat IT (
Microsoft, Red Hat, IBM) telah menyediakan sijil-sijil kemahiran untuk individu-individu yang berminat dalam memahirkan kemahiran yang berkaitan dengan ICT. Semua sijil ini diiktiraf di seluruh dunia dan sangat beruntunglah jika anda dapat lulus dalam peperiksaan yang mereka disediakan. Mari kita selami satu persatu secara ringkas sijil kemahiran tersebut:
- Microsoft Certified IT Professional (MCITP)
- Sijil kemahiran generasi baru dikeluarkan oleh Microsoft. Mementingkan aspek-aspek pengurusan organisasi dalam konteks IT dan pembangun perisian. Ada 7 peperiksaan utama iaitu Business Intelligence Developer, Consumer Support Technician, Database Developer, Database Administrator, Enterprise Messaging Administrator, Enterprise Project Management with Microsoft Office Project Server 2007 dan Enterprise Support Technician. Huyoo . .
- Sebenarnya banyak lagi sijil kemahiran ICT dari Microsoft ni dan untuk peluang anda sebagai mahasiswa di IPT atau sesiapa yang berminat, berita baik
untuk anda MSC telah membuka peluang anda dengan kos separuh dari harga yuran sebenar. Apa lagi layari www.msc.com.my untuk maklumat lanjut.
- Sun Certified Professional
- Sijil profesional dari Sun Microsystem ini menekan kepada aspek teknologi persekitaran Java dan Sistem Pengoperasian Solaris. Jika anda berminat dengan persekitaran bahasa aturcara Java, ini platform sesuai untuk anda.

- Cisco Career Certifications
- Sijil profesional yang dikendalikan oleh Cisco lebih menekan aspek teknologi rangkaian dan penyelesaian bijak terhadap ePerniagaan. Anda yang berminat pasal networking, tajamkan kemahiran anda dengan sijil ini. Di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, akademi Cisco di Jabatan Sistem Rangkaian ada menyediakan kursus ini. Dari peringkat CCNA 1 sehinggalah CCNA 4. Wow….
P/s: Apalagi kawan, rebutlah peluang masa muda ini. Dapatkan salah satu sijil kepakaran yang diiktiraf dunia ini, anda pasti menjadi jaguh dunia IT sebenar.

Telah pelbagai
freeware atau
perisian organizer (perancangan) telah saya gunakan tetapi perisian
Ms OneNote 2007 ini juga memenagi hati saya. Pelbagai tugasan dan jadual saya disatukan bersama secara
interaktif melalui perisian ini. Sesuai digunakan untuk
pelajar, kakitangan awam, penyelidik atau
CEO syarikat. Cubalah, anda pasti merasakan kehebatan organizer dari Microsoft ni adalah lain dari yang lain.
Perisian Ms OneNote ini menyediakan antara muka seperti penyusunan fail (folder) dalam fail besar. Andaikan sebagai
seorang penyelidik. Beberapa perkara yang perlu diambil kira contohnya tarikh mesyuarat dengan pakar atau pemb. penyelidik, idea atau nota dari jurnal, peta minda yang anda lakar, brainstorming hasil anda ‘digest’ ilmu dan sebagainya. Semuanya di hujung jari. Penyusunan setiap perkara dapat dilihat melalui tab seperti fail di rajah sebelah.
P/s: Pastikan Ms OneNote 2007 anda adalah original dan tujuan saya memperkenalkan produk bukan untuk promosi tetapi lebih kepada sekadar berkongsi tips….
. Perisian ini sangat membantu saya ketika pengajian semester ini.

Minggu lepas ramai pelajar
junior Comp. Sc. hubungi saya sama ada melalui
sms dan
email. Kebanyakan bertanya
pasal pembangunan projek akhir mereka. Antara pertanyaan mereka adalah
“Abang, tahu pasal bahasa JSP (Java Server Pages) ?”,
“Bagaimana ye nak ‘connect’ javaBean dengan ‘database’ ? “ dan lain-lain lagi. Sebagai pelajar senior, saya akan membantu tetapi dari segi
nasihat dan rata-rata mereka adalah golongan
perempuan.Bukan saya tak nak membantu dari segi
teknikal (kod aturcara) tetapi
kesibukan ketika pengajian sekarang membatasi segalanya. Maaf la ye. Memandangkan sekarang di pertengahan semester II 07/08, projek akhir sepatutnya
50% siap.
Walau bagaimanapun, ada segelintir pelajar masih di alam fantasi lagi padahal
tarikh pembentangan projek akhir semakin hampir.Apapun, di sini saya akan memberikan
tips dan panduan kepada pelajar yang
masih menghadapi dilema dalam projek akhir :
Langkah 1: Pastikan projek anda betul menepati skop dan objektif yang telah didokumenkan dalam tesis anda. Tinggalkan kod-kod aturcara perkara-perkara yang tidak membantu projek anda . Utamakan yang penting.
Langkah 2: Segera berjumpa dengan Penyelia dan dapatkan nasihat. Jika penyelia tak membantu anda, jangan putus asa. Cari pelajar senior atau pensyarah di jabatan lain.
Langkah 3: Usaha dan terus berusaha. Cuba dan terus mencuba. Jangan putus asa. Ketahuilah Thomas Alva Edison dapat menghasilkan sebuah lampu dengan percubaan pada kali ke 999. Banyak tu.
Langkah 4: Doa dan Tawakkal.
Semoga dengan tips ini, anda akan sedar. Kita ada 24 jam sehari. Gunakan sebaik mungkin. Masa tak menunggu anda sebaliknya anda ditinggalkan oleh masa jika tak diisi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.
P/s: Jangan suka menangguh kerja. Senaraikan perkara yang perlu diutamakan dan laksanakan segera. Kelak, anda takkan menyesal.