Archive for February 27th, 2008

Apple’s MacBook Air : Laptop Paling Nipis di Dunia

Posted on the February 27th, 2008 under Produk by

MacBook
Hari ni saya akan memperkenalkan anda produk yang saya kagumi kerana kenipisannya. Walaupun, dengan ketebalan tak sampai 2cm, tetapi teknologi hardware memang paling berkuasa. Sehinggakan ada pendapat pakar-pakar teknologi dari blog crave.cnet.com mengatakan, laptop MacBook ini paling berkuasa di dunia ini dan seolah-olah dibuat oleh makluk asing ;) .Itulah idea CEO Apple, Steven Jobs yang mahukan kelainan dalam produk ICT sekarang. Dari iPhone, iPod nano, iMac, dan segalanya tentang Apple, semuanya luar biasa dan lain dari yang lain. Anda pernah tengok Steven Jobs bercakap pasal produknya, cubalah cari video di youtube.com. Anda pasti kagumi kehebatannya petah berbicara lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan inovasi gadget Apple.Mari kita lihat spesifikasi MacBook Air ini:

  • 13.3-inch (diagonal) glossy widescreen TFT LED backlit display with support for millions of colorsMacbook Air
  • Height: 0.16-0.76 inch (0.4-1.94 cm) …nipisnya…muat dalam sampul surat tu…
  • Width: 12.8 inches (32.5 cm)
  • Depth: 8.94 inches (22.7 cm)
  • Weight: 3.0 pounds (1.36 kg)
  • Intel Core 2 Duo processor with 4MB on-chip shared L2 cache running at full processor speed
  • 800MHz frontside bus
  • 2GB of 667MHz DDR2 SDRAM onboard
  • 80GB 4200-rpm Parallel ATA hard disk drive
  • Built-in AirPort Extreme Wi-Fi wireless networking (based on IEEE 802.11n draft specification); IEEE 802.11a/b/g compatible

Dahsyatkan? Hehe….tetapi walau hebat sekalipun ada kelemahannya antaranya:

  • RAM tak boleh tambah
  • Ruang storan harddisc boleh dikatakan kecil lagi
  • tiada DVD driver
  • Bateri tak boleh cabut
  • Pemacu (Driver) USB dan DVI terhad. (satu je…kedekut ;) )

P/s: Sesiapa nak beli, boleh layari di www.apple.com.my dari harga serendah RM3900. Ada duit boleh beli untuk rasai kehebatan laptop sebenar.