Anda Memiliki Sijil Kepakaran / Kemahiran Teknologi ICT Terkini ?

Posted on the February 25th, 2008 under Kerjaya by alfarabius

Sijil
Beberapa syarikat besar atau korporat IT (Microsoft, Red Hat, IBM) telah menyediakan sijil-sijil kemahiran untuk individu-individu yang berminat dalam memahirkan kemahiran yang berkaitan dengan ICT. Semua sijil ini diiktiraf di seluruh dunia dan sangat beruntunglah jika anda dapat lulus dalam peperiksaan yang mereka disediakan. Mari kita selami satu persatu secara ringkas sijil kemahiran tersebut:

  • Microsoft Certified IT Professional (MCITP)
    • Sijil kemahiran generasi baru dikeluarkan oleh Microsoft. Mementingkan aspek-aspek pengurusan organisasi dalam konteks IT dan pembangun perisian. Ada 7 peperiksaan utama iaitu Business Intelligence Developer, Consumer Support Technician, Database Developer, Database Administrator, Enterprise Messaging Administrator, Enterprise Project Management with Microsoft Office Project Server 2007 dan Enterprise Support Technician. Huyoo . . :D
    • Sebenarnya banyak lagi sijil kemahiran ICT dari Microsoft ni dan untuk peluang anda sebagai mahasiswa di IPT atau sesiapa yang berminat, berita baik ;) untuk anda MSC telah membuka peluang anda dengan kos separuh dari harga yuran sebenar. Apa lagi layari www.msc.com.my untuk maklumat lanjut.
  • Sun Certified Professional
    • Sijil profesional dari Sun Microsystem ini menekan kepada aspek teknologi persekitaran Java dan Sistem Pengoperasian Solaris. Jika anda berminat dengan persekitaran bahasa aturcara Java, ini platform sesuai untuk anda.Corporate
  • Cisco Career Certifications
    • Sijil profesional yang dikendalikan oleh Cisco lebih menekan aspek teknologi rangkaian dan penyelesaian bijak terhadap ePerniagaan. Anda yang berminat pasal networking, tajamkan kemahiran anda dengan sijil ini. Di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, akademi Cisco di Jabatan Sistem Rangkaian ada menyediakan kursus ini. Dari peringkat CCNA 1 sehinggalah CCNA 4. Wow….

P/s: Apalagi kawan, rebutlah peluang masa muda ini. Dapatkan salah satu sijil kepakaran yang diiktiraf dunia ini, anda pasti menjadi jaguh dunia IT sebenar.

3 Responses to 'Anda Memiliki Sijil Kepakaran / Kemahiran Teknologi ICT Terkini ?'

  1. 26 February 2008 at 1:10 am
    Hafez
  2. 21 April 2009 at 2:36 am
    baby
  3. 22 April 2009 at 1:12 am
    alfarabius

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>