Projek Akhir Sarjana Muda (PSM) – Anda Dalam Dilema?

Walau bagaimanapun, ada segelintir pelajar masih di alam fantasi lagi padahal tarikh pembentangan projek akhir semakin hampir.Apapun, di sini saya akan memberikan tips dan panduan kepada pelajar yang masih menghadapi dilema dalam projek akhir :
Langkah 1: Pastikan projek anda betul menepati skop dan objektif yang telah didokumenkan dalam tesis anda. Tinggalkan kod-kod aturcara perkara-perkara yang tidak membantu projek anda . Utamakan yang penting.
Langkah 2: Segera berjumpa dengan Penyelia dan dapatkan nasihat. Jika penyelia tak membantu anda, jangan putus asa. Cari pelajar senior atau pensyarah di jabatan lain.
Langkah 3: Usaha dan terus berusaha. Cuba dan terus mencuba. Jangan putus asa. Ketahuilah Thomas Alva Edison dapat menghasilkan sebuah lampu dengan percubaan pada kali ke 999. Banyak tu.
Langkah 4: Doa dan Tawakkal.
Semoga dengan tips ini, anda akan sedar. Kita ada 24 jam sehari. Gunakan sebaik mungkin. Masa tak menunggu anda sebaliknya anda ditinggalkan oleh masa jika tak diisi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.
P/s: Jangan suka menangguh kerja. Senaraikan perkara yang perlu diutamakan dan laksanakan segera. Kelak, anda takkan menyesal.