Archive for February 20th, 2008

Mentaliti Graduan IT selepas Tamat Belajar – Kerja atau Sambung Belajar?

Written by alfarabius on Feb 20th, 2008 | Filed under: Umum

Graduation
Selalu pelajar junior (Undergrad.) bertanya kepada saya “Abang, susah tak belajar Master ni? “.Jawapan yang saya berikan “Senang, seronok belajar”. Platform untuk meneruskan pengajian ada di mana-mana IPT atau institusi latihan. Seringkali pelajar IPT tertanya-tanya hala tuju mereka selepas mendapatkan segulung ijazah atau diploma.

Tidak dinafikan, ada juga insan berjaya dalam hidupnya tanpa sebarang sijil.Ini kerana kebanyakan mereka adalah insan-insan yang masa silamnya (hidup susah dan perit) tidak seperti kita dan kebijaksanaan yang ada dalam diri mereka diaplikasikan pada jalan yang betul. Cuba kita fikirkan, adakah kursus pengajian saudara atau saudari sekarang ini adalah bidang yang kita minati atau sekadar memenuhi syarat GPA atau kouta ketika di Matrikulasi atau sekadar melepasi syarat-syarat minimum keputusan SPM.

Semua jawapan ada dalam diri anda. Apa yang difikirkan terbaik dalam hidup anda sekarang ini kemungkinan pilihan diri sendiri atau pilihan ibu bapa anda. Semua itu rencah kehidupan dan dilema yang dihadapi oleh mahasiswa kita sekarang ini. Dengan keputusan yang tidak memberangsangkan, kita terpaksa mengambil jalan singkat dengan mengambil mana-mana kos yang melepasi keputusan peperiksaan sama ada SPM atau Matrikulasi. Akhirnya, anda sendiri terjebak dalam risiko graduan menganggur.

Perlu kita ingat, sesuatu bidang yang kita minat, walau bagaimana keadaan sekeliling sekalipun, anda terus fokus dengan apa yang anda lakukan. Contohnya seperti menonton wayang, mendengar lagu, memasak makanan kegemaran dan sebagainya. Begitu jugalah dengan kos pengajian yang anda ambil sekarang ini, anda perlu ambil kos yang anda minati dan mengikut kemampuan saudara.

Walaupun kos yang di ambil tidak mendatangkan sebarang pekerjaan yang bertaraf elit, jangan risau tentang semua itu. Idea dan peluang pekerjaan bidang ada di mana-mana sahaja jika kita ada kemahiran dalam bidang yang kita minati itu.

Keusahawanan merupakan pekerjaan alternatif kepada graduan yang masih menganggur.Business Pelbagai inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam membantu mahasiswa yang berkeinginan menjadi usahawan. Di satu sudut yang lain, pelajar yang masih bercita-cita untuk meneruskan pengajian, teruskan perjuangan anda. Lautan ilmu terlalu luas dan anda berpeluang teroka sedikit demi sedikit. Semuanya terletak pada keinginan dan impian yang anda tanamkan.

P/s: Hari ni saya bersungguh-sungguh menulis pasal topik ini. Hebat2. ;)