Archive for February 18th, 2008

Command Prompt – Tips

Written by alfarabius on Feb 18th, 2008 | Filed under: Tips

Selamat membaca :-) .Saya telah mendapat respon dari kawan-kawan bahawa adalahCommand Prompt lebih baik mempelbagaikan niche blog ini terutama kepada golongan perempuan. Memandangkan semua klien Dr.PC adalah daripada kaum hawa maka hari ini saya mulakan makalah sulong untuk anda.

Anda tahu menggunakan command prompt atau Arahan Segera ? Cuba anda tekan logo Windows di papan kekunci dan cari menu RUN. Jumpa? Itulah command prompt. Versi terawal Windows 3.1 hanya menggunakan command prompt (CP) tersebut sebagai antara muka pengguna. CP ini semakin berkuasa dan mempunyai pelbagai fungsi berguna sehinggalah pada versi Vista.

My DesktopTerdapat baris arahan atau command line asas yang perlu anda tahu. Ini perlu jika anda mahu lihat file hidden atau file system ataupun trojan yang tersembunyi dalam ‘pendrive’ anda. Anda antara klien saya tanya, “Dr. PC, bagaimana mahu membuang virus atau trojan dalam thumbdrive saya ? :-?

Ini jawapan saya :

  1. Tekan logo Windows + R. Taip cmd pada window run tersebut.
  2. Paparan skrin warna hitam akan terpapar. Buka My Computer dan lihat dimanakah drive pendrive anda sama ada di F:/ or G:/.
  3. Taip F: selepas baris arahan yang sedia ada terpapar tadi. Contohnya, C:/Documents and Setting/PC anda/F:
  4. Skrin akan memaparkan F: sebagai baris arahan selanjutnya. Betul ?
  5. Taip arahan dir /A:H dan tekan butang Enter untuk melihat fail (file) yang anda rasa virus atau trojan contonhya (love.exe, VirusRemoval.js).
  6. Taip del /A:H nama_fail_virus.exe + Enter.(nama_fail_virus.exe merujuk pada fail virus tersebut).
  7. Zup… :-) . Windows akan del file secara automatik.

Sama ada Windows XP atau Vista, semua boleh menggunakannya. Selamat mencuba.

P/s :Saya akan paparkan dari masa ke semasa tips-tips ini. Jangan risau.