WBS – Work Breakdown Structures dan Keperluan Pengurus Projek IT
Bertemu kembali setelah lama bercuti.
Untuk semua pembaca, blog ini mengalu-alukan komen anda sebagai wadah memantapkan lagi isi kandungan dunia blog ini.
Topik yang saya bawa kali ini lebih kepada salah satu komponen penting dalam IT Project Management iaitu Work Break Down Structures iaitu konsep ‘delivery-system oriented’ – memfokuskan kompenen-komponen kecil dalam proses pembangunan sesuatu sistem seperti kos, pelan perancangan (masa) dan sumber kepakaran (software developer / project manager). Ini bagi memastikan projek yang dijalankan mengikut jadual dan kekangan masa.
Di sinilah peranan utama Pengurus Projek dalam memantau proses pembangunan sistem berjalan lancar di samping kos yang terlibat. Dengan sumber kepakaran yang terhad, jika Pengurus Projek bijak mengatur sumber kos dan tenaga manusia, sudah pasti sistem akan siap pada tarikhnya. Masalah atau igauan yang selalu menghantui Pengurus projek adalah masa yang terhad, kos pembangunan dan tiada sumber kepakaran.
Walaupun outsource atau ‘agih tugas kepada pihak luar’ adalah alternatifnya tetapi kos dengan terhad, projek boleh gagal. Dengan panduan yang disediakan oleh pmi.org , anda boleh menjadi pengurus projek IT terhebat. Jangan takut menjadi Pengurus Projek untuk sesebuah projek jika anda betul berkelayakan. Tips: Rancang dengan penuh teliti, musyawwarah, jaga hati semua pihak dan InsyaAllah, anda pasti pengurus projek yang disegani.
P/s: Saya baru baiki kod ‘Comment’ untuk blog…maaf banyak-banyak
UMT akan menjadi tuan rumah MySEC’08 (Malaysia Software Engineering Conference) hujung tahun. Apa lagi kawan, masuklah dan hantarkan inovasi anda. Saya akan bercerita nanti pasal MySEC ini.



design yang menarik dan cukup warna warni.
mungkin boleh utarakan topik2 yang lebih menarik minat terutama golongan remaja macam saya….
thanx Dr PC