Archive for January 31st, 2008

Jurnal – Keperluan Penyelidik dan Kepakaran Tempatan

Written by alfarabius on Jan 31st, 2008 | Filed under: Umum

ACMBertemu kembali, jurnal atau artikel ilmiah sering menjadi perhatian oleh para penyelidik (researcher) atau ahli akademik dalam mendalami sesuatu lapangan ilmu. Walaupun perpustakaan merupakan sumber rujukan ilmiah setempat tetapi jurnal adalah  ‘hot spot’ ilimiah yang paling digemari.

Oleh itu, para penyelidik sentiasa mencari jurnal berimpak tinggi dalam memIEEEahami konsep ilmu yang dikaji. Untuk ahli akademik di bidang IT, portal IEEE Explore dan ACM menjadi tempat rujukan utama. Portal ini menyediakan jurnal /artikel ilmiah berimpak tinggi dan rendah. rumusan konfrensi antarabangsa serta hasil eksperimen beberapa penyelidik terkemuka dunia.

Kekuatan sesuatu jurnal bergantung kepada rujukan (reference) yang digunakan dalam rumusan ilmu yang dibincangkan. Untuk mendapatkan jurnal IEEE atau ACM, anda haruslah berdaftar(berbayar) ;) .Walau bagaimanapun, perpustakaan di sesebuah universiti sudah pun mendaftar untuk kesemua siswanya. Sebenarnya, terdapat banyak lagi portal untuk lapangan IT, contohnya Springlet, IR, Elserlev dan sebagainya.

Ilmu :

IEEE = Institute of Electrical and Electronics Engineers

ACM Association for Computing Machinery


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner