Archive for January 30th, 2008

Software Evolution – Apa yang anda tahu ?

Written by alfarabius on Jan 30th, 2008 | Filed under: Ilmu

SESalam ceria semua :-) , bertemu kembali dalam arena dunia digital. Hari ini saya nak membawa anda kepada dunia kejuruteraan perisian. Seperti yang anda baca di tajuk blog hari ni, isitilah Software Evolution atau Evolusi Perisian bermaksud perubahan struktur perisian sama ada dari segi kod aturcara atau rekabentuk perisian tersebut. Evolusi perisian tidak dapat tidak memang akan berlaku kerana memenuhi permintaan pengguna / klien.

Menurut Cook et. al(2001), ‘Software Evolution is the capability of a software product to be evolved to continue to serve its customer in a cost effective way‘. Ini bermaksud para pengaturcara perlu menyiapkan segala kecacatan terhadap perisian yang dibangunkan sehingga klien atau ‘stakeholder’ berpuas hati. Jika dari sudut pengaturcara, hanya kod aturcara perlu diubah atau ditambah tetapi jika dari sudut end user hanya model atau gambarajah perlu dilakar. Di sinilah peranan System Analyst untuk mengenal pasti perubahan yang telah dilakukan sama ada menepati kehendak pengguna atau tidak.MVC

Terdapat pelbagai senibina atau corak rekabentuk yang boleh dilaksana oleh pengaturcara dalam menterjemah kod aturcara ke gambarajah yang boleh difahami. Antaranya Service-Oriented, Event-Driven, M-V-C, dan lain-lain lagi. Setiap satu senibina tersebut dibangunkan mengikut keperluan masalah yang berlainan.

Ilmu :

End user = stakeholder = pengguna

M-V-C = Model-View-Controller


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner