FYE ‘ 2008 - Kem Motivasi Siswa Tahun 1 FSKSM, UTM

Written by alfarabius on Jan 29th, 2008 | Filed under: Program

FYE' 08Alhamdulillah, akhirnya kem motivasi pemantapan siswa tahun 1 Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM selesai kelmarin di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam adalah anjuran oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Perisian. FYE’ 08 KP (First Year Experience - Jab. KP) adalah bertujuan menyemai minat belajar dan menerapkan kemahiran generik kepada pelajar tahun 1 yang mengambil kos kejuruteraan perisian dan bioinfomatik.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Dekan FSKSM, Prof. Dr. Abdul Hanan Abdullah. Seramai 59 orang siswa tahun 1 dan dibantu seramai 10 fasilitator. Antara program yang dijalankan adalah Team Building Games seperti Egg Protecter, Innovative Product, Build Tower and Bridge from Newspaper, serta sukaneka. Dua penceramah terkemuka dari Fakulti Sains iaitu PM Dr. Razali dan PM Dr. Ong telah dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi.

Diharapkan program sebegini dapat merapatkan ukhwah sesama pelajar SCB dan SCJ serta meningkatkan tahap prestasi akademik sepanjang mereka belajar di UTM. Ucapan terima kasih kepada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Perisian kerana bertungkus lumus mengadakan program FYE’ 08.

P/S: Kemahiran Generik (Soft Skills) + Kemahiran Mengaturcara = Pengaturcara Hebat ! :)



One Response to “FYE ‘ 2008 - Kem Motivasi Siswa Tahun 1 FSKSM, UTM”

  1. weh..sapa bt program ni?? ko ker?? la..apasal tak ajak aku join skali!!! ok la program camni..merapatkan silaturahim..

Leave a Reply

    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner