Terima Kasih – Langkah Permulaan
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Selamat melayari dunia blog saya. Untuk
entri yang pertama ni, saya hanya nak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong blogger yang baru lahir macam saya ni.
Adakah disebabkan orang lain ada blog, saya pun nak blog jenama sendiri ? Oh tidak, saya rasa saya perlu ada blog kerana inilah dunia digital yang menghubungkan antara saya dan anda. Sudah lama saya memerhati persekitaran dunia blog ni dari blog POLITIK sehingga ke blog MOTIVASI PERNIAGAAN. Secara tidak langsung, pengaruh blog ni merasuk dalam minda saya. Terima kasih kepada blogger yang sudi berkongsi ilmu dan tips untuk panduan kita bersama.
Firdaus-Harun.com seumpama anak sulung pertama yang baru lahir
. Semoga dunia BLOG saya ini memberi kelainan kepada pengunjung blog yang setia iaitu kepada mereka yang sentiasa dahaga kepada ilmu dan tips-tips.
Tema blog Firdaus-Harun.com lebih kepada motivasi dan dunia ilmu kepada graduan IT / SAINS KOMPUTER tidak kira sama ada mereka sudah bekerja atau masih di alam kampus. Terus setia mengunjungi blog Firdaus-Harun.com kerana anda adalah SAHABAT saya.
- Salam Ceria



Ok…bagus2
semoga success
Salam,
Skrg saya masih belajar dalam bidang IT. Semoga penulis akan sentiasa memberi input2 yang berguna kepada kami semua.