Manipulasi Imej: Perisian untuk Jambatan yang Selamat

Written by alfarabius on Dec 2nd, 2008 | Filed under: Pemprosesan Imej

Jambatan Akashi-kaikyo

Terdapat 12 000 jambatan di negara Jerman sama ada di bandar utama dan bandar-bandar kecil. Binaan jambatan menjadi teras utama antara dua tempat dan titik pertemuaan antara dua tempat yang mustahil untuk menyeberang. Jambatan menjadi laluan utama kepada kereta, motosikal, pejalan kaki dan sebagainya.

Untuk mengenalpasti keseluruhan kerosakan pada jambatan melalui mata penglihatan ada amat mustahil. Oleh itu, kombinasi ilmu antara kejuruteraan awam dan sains komputer memudahkan lagi jurutera jambatan menganalisa dan menentukur kerosakan sesebuah jambatan dengan lebih terperinci dan tepat.

Sekumpulan penyelidik dari Fraunhofer Institute for Industrial Mathematics ITWM di Kaiserslautern (Jerman) dan bekerjasama dengan saintis dari syarikat Italy iaitu Infracom telah membangunkan sebuah perisian pemprosesan imej yang memproses imej jambatan dalam bentuk digital dan seterusnya mengenalpasti kerosakan seperti berikut:

  1. Garis halus retakan
  2. Kawasan warna blok konkrit yang karat
  3. Bentuk / struktur konkrit yang ganjil
  4. Darjah keseimbangan dan ketepatan

Imej Retak JambatanMenurut Markus Rauhut (salah seorang saintis di ITWM), perisian tersebut secara automatik akan menentukan kawasan-kawasan yang abnormal dari imej asal dan kemudian akan mengeluarkan keputusan perbandingan (imej jambatan asal vs jambatan yang disiasat) melalui data berbentuk metriks. Ini bagi memudahkan jurutera jambatan menyiasat kawasan kerosakan dan membaiki jika perlu.

 

Cabaran dalam membangunkan perisian ini adalah:

  • Bagaimana imej jambatan asal dapat dibezakan dengan imej yang disiasat ?
  • Bagaimana mengenalpasti warna kelembapan suhu pada setiap kawasan jambatan ?
  • Bagaimana mengenalpasti kawasan retakan halus pada imej jambatan tersebut ?

Semua masalah di atas dapat di atasi menggunakan perisian tersebut. Perisian tersebut telah dibangunkan sejak tahun 2007 dan penggunaannya semakin dipertingkatkan dari masa ke semasa.

P/s:  Melakukan sesuatu aktiviti / perkara yang ditakuti untuk dilaksanakan merupakan antara rahsia kejayaan dan kekuatan seseorang. ;) ~aku kata


Pengujian Perisian - Satu Langkah Awal dan Wajib kepada Pengaturcara

Written by alfarabius on Nov 25th, 2008 | Filed under: Kejuruteraan Perisian

 Pengujian Perisian - Satu Langkah Awal dan Wajib kepada Pengaturcara

Perisian atau program yang sempurna boleh dikatakan sebagai perisian yang bebas dari segala ralat, kesalahan logik, dan sifatnya yang mengikut keperluan pengguna. Oleh itu, pengujian perisian boleh dikatakan langkah komprehensif awal dalam mengenalpasti dan memperbaiki kefungsian sesebuah perisian.

Menurut NIST (organisasi bebas menyelia dan memantau piawaian sains dan teknologi di USA), pada tahun 2002 sahaja, kerosakan pada perisian di US mengakibatkan $59.5 bilion terpaksa dibelanjakan. Fakta yang agak mengejutkan kerana angka tersebut memang banyak dan mempengaruhi ekonomi US pada tahun tersebut.

 Tujuan Pengujian

Secara asasnya, pengujian dilakukan bagi memastikan perisian yang dibangunkan mengikut spesifikasi keperluan pengguna. Realitinya, skop pengujian dilakukan pada setiap fasa pembangunan (Waterfall, Agile, OO, atau lain-lain) dan merupakan aktiviti yang paling rumit bagi seorang pengaturcara. Pengujian kefungsian pada setiap hirarki dari unit sehinggalah kepada keseluruhan sistem memerlukan metod atau kaedah yang sesuai sama ada secara manual atau automatik.

Ini bagi memudahkan kerja-kerja integrasi pengaturcaraan bagi setiap modul-modul yang dibangunkan perisian. Tidak kira apa jua bentuk pengujian (white-box, black-box atau grey-box), pengaturcara perlu mempunyai kemahiran menganalisa yang tinggi dan ketelitian dalam setiap kod pengaturcaraan yang ditulis.

Kaedah Pengujian

Pengujian Black-Box

Menganggap perisian yang diuji sebagai kotak hitam iaitu penguji hanya perlu mengetahui kefungsian luaran tanpa mengetahui kod atau struktur algoritma dalam perisian tersebut. Penguji hanya perlu memahami keperluan pengguna dan menguji satu-persatu kefungsian perisian tersebut bagi memastikan setiap satunya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengujian White-Box

Pengujian terus terhadap algoritma dan struktur kod pengaturcaraan pada setiap hirarki pembangunan perisian. Setiap fungsi atau modul yang ditulis, diuji dan dianalisa bagi memastikan fungsi tersebut mengeluarkan hasil / output yang betul dan tepat.

Pengujian Grey-Box

Kaedah pengujian semakin diperbaiki dari masa ke semasa bagi memastikan pengujian terhadap perisian semakin relevan dan efisien. Pengujian grey-box bermaksud kombinasi pengujian antara kaedah white-box dan black-box. Penguji atau pengaturcara perlu melihat kefungsian sesebuah perisian luar dan dalam. Ini merupakan aktiviti yang kerap dilakukan oleh pengaturcara sekarang kerana menjimatkan masa, kos dan berstruktur.

Siri-siri akan datang, kita akan melihat lebih lanjut lagi tentang perisian pengujian ini.

P/s:  Berubah adalah tindakan yang paling sukar dilakukan tapi mudah disebut. Berubah bermaksud dari keadaan A ke keadaan B yang lebih baik, segar dan bertenaga. Berubahlah dari segala aspek kehidupan sekarang kerana hidup ini hanya sekali sahaja . ;) ~Aku kata


Eee PC - ASUS : Netbook Generasi Baru, Padat, Ringan dan Berkuasa

Written by alfarabius on Oct 22nd, 2008 | Filed under: Produk

 

Eee PC - ASUS : Netbook Kecil Generasi Baru, Padat, Ringan dan Berkuasa

Saya tetiba tertarik dengan Netbook (bukan Notebook biasa tapi subnotebook) ciptaan Asus yang diberi nama Eee PC (sebutan Ii). Netbook berkuasa siri ini didatangkan dengan pelbagai jenis saiz skrin (7″, 8.9 ” dan 10.2″ inci) mengikut keperluan anda. Bagi saya, yang paling kecil dan nipis, produk itulah yang boleh memikat hati saya. EeePC menggunakan Intel Atom (senibina baru dalam papan induk mobile terutamanya untuk laptop / notebook). Mari kita analisis ciri-cirinya:

  1.  Intel Atom N270 1.6Ghz
  2. OS: XP / Linux
  3. 1GB DDR2
  4. 80GB HDD
  5. 1.45 kg (Ringan)
  6. WiFi, Bluetooth, card reader, kamera web dan sebagainya.
  7. Harga: RM 2099 :o

Boleh tahan spesifikasinya membuatkan saya mengidam dan berkeinginan ingin membeli produk tersebut. ;) Walau bagaimanapun, terdapat juga netbook keluaran dari syarikat lain. Semua netbook ini adalah bersaiz skrin tidak lebih dari 1o” :

  1. Acer Aspire One - Acer
  2. HP 2133 Mini Note - HP
  3. MSI Wind U100 - MSI

Pernah Guna Laptop Fujitsu

Dulu sekitar tahun 2002 - 2007 (5 tahun), saya pernah menggunakan laptop berjenama Fujitsu (C 91230).  Laptop Fujitsu tersbut berkuasakan Intel Pentum III Mobile dan menggunakan platform Win XP Home sebagai sistem pengoperasian.  Siapa menggunakan laptop pada awal 2002, kira paling hebat mana tak nya harga laptop masa tu RM 5000++.

Apapun laptop tu meninggalkan banyak kenangan pada saya sekitar pengajian peringkat diploma dan ijazah. Sekarang ni, saya menggunakan Pc berkuasakan AMD Athlon 64 Dual (5200+) 2.61 GHz yang dibeli pada awal bulan 8, 2007. Kad grafik pun boleh tahan la… ;)

P/s:  Manusia yang berfikiran kritikal dan logik lebih baik dari manusia yang pintar tapi biasa pada pemikirannya. ~Aku kata


    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner